Cadangan pelaksanaan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.<br /><br />Pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata cadangan itu bersesuaian kepada beberapa industri sahaja.<br /><br />Selain itu, beliau bimbang wujudnya kesan negatif kepada pekerja seperti pemotongan gaji, elaun dan lain-lain.
